javascript:void(0)

Tuesday 15 November 2011

ISLAM ITU MUDAH

ISLAM ITU MUDAH
Kita perhatikan apa Quran kata.

Sesungguhnya Kami memudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya? (54:17)


Allah menghendaki untuk meringankan kamu kerana manusia itu diciptakan lemah. (4:28)

Kami tidak menurunkan al-Qur'an kepada kamu supaya kamu menjadi sengsara (20:2)

Inilah ayat-ayat Allah Kami membacakan kamu dengan benar, dan Allah tidak menghendaki sebarang kezaliman bagi semua alam. (3:108)

Dan berjuanglah untuk Allah dengan perjuangan yang sebenar; Dia telah memilih kamu, dan tidak meletakkan ke atas kamu kesusahan dalam agama kamu, anutan bapa kamu, Ibrahim; ………(22:78)

Ayat-ayat di atas, dengan tersendiri tanpa keperluan kepada ulasan mendalam, jelas mengatakan bahawa kesusahan, kepayahan, kesukaran dan kesengsaraan bukanlah konsep yang dianjurkan Quran.

Disebaliknya Quran adalah untuk kemudahan manusia. Islam adalah untuk kemudahan dan kesenangan manusia.

Kesengsaraan adalah hanya bagi mereka yang tidak percaya dan tidak menurut perintah Allah yang terdapat dalam Quran.

Tetapi manusia pilih untuk mengaitkan konsep kesukaran dan kepayahan dengan amalan Islam.

Memang Allah memberi ujian kepada manusia. Tetapi ujian bukannya dalam bentuk perbuatan lahir sahaja.

Ujian sebenar ialah samaada manusia percaya dan tunduk patuh kepada apa yang dikatakan dalam Quran.

Teringat saya kepada satu lagi peristiwa dimana seorang mengambil wudhu’ dengan membasuh anggotanya berkali-kali, kerana was-was takut tidak rata air pada anggota, termasuk anggota yang tidak disuruh Allah, telinga, hidung dan leher

Apabila hendak solat, Allah hanya suruh: ….basuhlah muka kamu, dan tangan kamu hingga siku, dan sapulah kepala kamu, dan kaki kamu hingga pergelangan kaki… (5:6).

Terperinci dan jelas.

amaran Allah: ……. dan janganlah membazir; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang membazir. (6:141).

Allah tidak menghendakki kesukaran atau kepayahan kepada kita.

basuh 3 kali..ok.
sekali .....pun da cukup.

Manusia cuba memandai-mandai lebih daripada Allah.

Allah memberi kelapangan, manusia menyukarkan dengan menambah-nambah. Satu lagi contoh ialah pasal mandi sebab berjunub.

Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mendekati solat apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang kamu mengucapkan, dan jangan dalam junub, kecuali kamu menyeberangi satu jalan, sehingga kamu mandi ; ………. (4:43)

Allah tidak memperjelaskan cara mandi, walhal Allah boleh memperjelaskan.

Tetapi Allah biarkan ianya jadi mudah untuk manusia menggunakan aqal masing-masing bila mandi. Semua orang mandi.

Allah menggunakan satu perkataan saja, mandi

Semuanya itu diberi kelonggaran dan kesenangan oleh Allah untuk bertindak sendiri, kecuali apa yang telah ditetapkan sebagaimana dalam Quran.

Ini serius.

Kita mesti faham pahala dan dosa adalah hak Allah sahaja, bukan hak manusia. Manusia tidak pernah diberi mandat oleh Allah untuk menentukan pahala dan dosa.

Satu lagi situasi harian di mana manusia suka menyusahkan, samada dengan sengaja atau dengan sebab kejahilan, ialah pasal membaca Quran.

Walau pun Allah menyuruh kita baca Quran, tanpa apa-apa syarat fizikal, Allah hanya memberi syarat berikut:

Apabila kamu membaca al-Qur'an, mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam. (16:98)

Allah memudahkan Quran

Sesungguhnya Kami memudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya? (54:17)

Tetapi manusia menyukarkan.

Ujian dan Kesukaran ???

Memang Allah mengatakan bahawa manusia akan diuji. Contohnya,

Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan untuk berkata, "Kami percaya", dan tidak akan diuji? (29:2)

Harta kamu dan anak-anak kamu hanyalah cubaan; dan Allah, di sisi-Nya upah yang besar. (64:15)

Sungguh, Kami akan menguji kamu dengan sesuatu daripada ketakutan, dan kelaparan, dan kekurangan harta, dan jiwa, dan buah-buahan; dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (2:155)

……… dan supaya Allah menguji apa yang di dalam diri-diri kamu, dan supaya Dia membuktikan apa yang di dalam hati kamu; dan Allah mengetahui apa yang di dalam dada. (3:154)

Tetapi ujian untuk menentukan samada manusia percaya kepada apa yang diturunkanNya.

Tiada kena mengena dengan menyusahkan atau menyukarkan amalan-amalan harian.

Allah sudah kata Islam bukan untuk menyusahkan.
Sungguh, kamu akan diuji dalam harta kamu dan diri-diri kamu, dan kamu akan mendengar daripada orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu, dan daripada orang-orang yang mempersekutukan, gangguan yang banyak; tetapi, jika kamu bersabar, dan bertakwa - sesungguhnya itulah urusan yang patut ditekadkan. (3:186)

Rasul-rasul dan orang-orang zaman dahulu kala pun diuji. Banyak kisah-kisah dalam Quran yang menceritakan pasal bermacam-macam jenis ujian.
Atau, adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Taman (Jannah) tanpa datang kepada kamu yang sama dengan orang-orang yang telah berlalu sebelum kamu? Mereka disentuh kemasyghulan dan kesusahan, dan mereka digoncangkan sehingga rasul dan orang-orang yang percaya bersamanya berkata, "Bilakah datang pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah dekat. (2:214)
ujian samada kita percaya sepenuhnya kepada apa yang diturunkan, yaitu Quran.


Dia yang melantik kamu khalifah-khalifah (pengganti-pengganti) di bumi, dan menaikkan sebahagian kamu dalam darjat di atas sebahagian yang lain, supaya Dia menguji kamu pada apa yang Dia memberikan kamu. Sesungguhnya, Pemelihara kamu cepat dalam pembalasan sewajarnya; dan sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih. (6:165)


Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati; dan Kami menguji kamu dengan kejahatan dan kebaikan sebagai cubaan, kemudian kepada Kami kamu akan dikembalikan. (21:35)

Ujian Allah bukanlah untuk menyusahkan.
hikmah itu adalah adil.. meletakkan sesuatu pada tempatnya








No comments:

Post a Comment