javascript:void(0)

Wednesday 23 November 2011

...ikhlaskan hati...apabila bersahabat .....tak kiralah..apa yg berlaku.....jika adik-adik meninggalkan sahabat hanya kerana sesuatu perkara... itu tandanya tak ikhlas...

  • ...ikhlaskan hati...apabila bersahabat .....tak kiralah..apa yg berlaku.....jika adik-adik meninggalkan sahabat hanya kerana sesuatu perkara... itu tandanya tak ikhlas...

    Ada udang di balik batu:

    jika seseorang kelihatannya berbuat baik, belum tentu hatinya tulus. Bisa jadi ia memiliki maksud-maksud tertentu atau tersembunyi.

  • Nur Ashikin Ismail Ikhlas dalam beramal ibadah dan amal shaleh adalah melakukan suatu amal kebaikan, dan dalam melaksanakannya ditujukan semata-mata untuk Allah. Al Quran menyuruh kita ikhlas. Perhatikan firman-Nya sbb :

    ”dan (aku telah diperintah): “Hadapkanlah mukamu kepada agama dengan tulus dan ikhlas dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang musyrik”.
    (QS Yunus [10]: 105).

    Rasulullah SAW mengingatkan, ”Allah tidak menerima amal kecuali apabila dilaksanakan dengan ikhlas untuk mencari ridha Allah semata.” (HR Abu Dawud dan Nasa’i).
    Imam Ali ra juga berkata, ”Orang yang ikhlas adalah orang yang memusatkan pikirannya agar setiap amal diterima oleh Allah.”

    Kendati bersimbah peluh, menghabiskan tenaga, menguras pikiran, kalau tidak ikhlas, sebesar apa pun amal, sia-sia di mata Allah.

    Maka, sangat rugi orang yang sedekah habis-habisan hanya ingin disebut dermawan.

    Ikhlas berarti kita tidak memanggil siapa pun selain Allah SWT untuk menjadi saksi atas perbuatan kita.

    Ikhlas akan membuat jiwa menjadi independen, merdeka, tidak dibelenggu pengharapan akan pujian, tidak haus akan imbalan.

    Hati menjadi tenang karena ia tidak diperbudak penantian mendapat penghargaan ataupun imbalan dari makhluk.

    Penantian adalah hal yang tidak nyaman, menunggu pujian atau imbalan adalah hal yang dapat meresahkan, bahkan bisa mengiris hati bila ternyata yang datang sebaliknya..

    Orang yang tidak ikhlas akan banyak menemui kekecewaan dalam

    hidupnya, karena orang yang tidak ikhlas banyak berharap pada makhluk yang lemah.

  • Nur Ashikin Ismail Cuba maafkan dengan ikhlas. Memang luka dihati tak akan dirawat ......sebaiknya , tapi insya ALLAH kemaafan akan ada manfaatnya buat diri kita sendiri….
  • usah ungkit kebaikan kita .....lebih lagi ... sbb nampak beno yg kita nih tak berapa ikhlas dalam perhubungan.

    ugut...Buat pe la nak mengugut. Rasa mcm dah sampai level penjenayah pulak kalau ugut nih tau. Ye la biasa bab ugut2 ni org jahat je kan? usah ugut nak tinggalkan sahabat....

    ikhlaskan hati..... frenzzz forever...

  • Nur Ashikin Ismail
    saya akan senaraikan beberapa panduan yang mungkin penting untuk kita lihat dan kaji sebelum kita memilih calon untuk dijadikan suami atau isteri, iaitu ;

    - Pertama sekali mestilah dia itu betul2 Islam dan sentiasa melaksanakan perkara2 yang wajib seperti solat wajib, puasa Ramadhan, Zakat, dan akan mengerjakan Haji jika dia telah mampu, serta kewajipan2 lain.

    - Dia seorang yang mencintai Allah S.w.t dan Nabi Muhammad S.a.w lebih daripada manusia yang lain. Maka anda sama2 mencintai Allah dan rasul bersamanya, itulah satu kemanisan yang sebenar dalam bercinta.

    - Dia seorang yang benar2 beriman dengan rukun Iman yang enam. Kerana salah satunya adalah percaya kepada Hari Kiamat.

    Maka apabila dia yakin adanya Hari Kiamat di mana sebuah negeri yang kekal abadi, maka dia akan rela walaupun hidup dengan pelbagai ujian dengan pasangannya di dunia ini.

    Kerana dia tahu, hidup di dunia hanya sementara dan tidak kekal, sedangkan hidup di akhirat akan kekal.

    Jika sekiranya dia telah berkahwin dengan pasangannya,

    dan redha bahawa itu adalah pasangan sejatinya,

    maka insyaAllah mereka akan bersama juga di akhirat nanti,

    dalam keadaan masing2 serba cantik dan handsome dan sentiasa muda dan sihat buat selama2nya.

    - Dia seorang yang sentiasa mempelajari ilmu agama, sesuai dengan pesan nabi agar belajar ilmu dari dalam buaian hinggalah ke liang lahad.

    Dan dia mesti minat apabila diajak berbicara tentang permasalahan agama, bukan yang mudah bosan dan fade-up apabila berbicara tentang agama Islam.

    - Dia seorang yang berakhlak mulia dan berbudi pekerti tinggi menepati ajaran Islam, sesuai dengan antara tujuan nabi Muhammad S.a.w di utuskan iaitu untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

    Akhlaknya terhadap ibubapa, jiran tetangga, saudara mara, rakan taulan mesti diambil kira kerana di situlah terserlah peribadinya.

    Tidak memadai jika dia hanya berbuat baik dan berbudi bahasa dengan anda sedangkan dengan orang lain dia suka cari pasal.

    Kerana di waktu bercinta semuanya akan berlagak dan berbuat baik. Sedangkan selepas kahwin nanti, setelah dia mula merasa bosan dengan anda dan sewaktu dengannya,

    barulah ketika itu layanannya terhadap anda mungkin akan menjadi sama dengan layanan terhadap orang lain yang tidak disenanginya.

    Kerana itu amat penting memilih orang yang berakhlak mulia kerana ALLAH, kerana mentaati perintah dalam agama.

    Bukannya orang yang berakhlak mulia semata2 kerana mahu mencari kesenangan dunia dan keperluan peribadinya semata (mereka yang berpura2 dan riyak).

    - Dia seorang yang sabar dan sentiasa taat pada ajaran agama. Sabar di sini dalam banyak hal, lebih2 lagi sabar apabila ditimpa musibah atau ujian berat.

    Sememangnya dalam mengharungi masalah rumahtangga, sabar adalah antara perkara terpenting dan jika ianya kurang diambil cakna, maka dikhuatiri rumahtangga itu tidak akan bertahan lama.

    Biasanya orang yang betul2 faham dengan ajaran islam, kesabarannya akan tinggi.

    Orang yang faham betapa orang mukmin itu akan sentiasa diuji akan sentiasa sabar dan redha dengan ujian yang menimpa.

    Bukannya semata2 mengharapkan kesenangan dan keseronokan hidup duniawi yang menipu ini.

    - Kemudian barulah anda lihat ciri2 tambahan padanya yang mungkin perlu di dunia moden ini seperti adanya pekerjaan untuk menampung perbelanjaan keluarga, adanya tempat tinggal, kenderaan dan sebagainya.

    Maka kesimpulannya, jika anda mahu bercinta dengan lelaki atau wanita idaman anda, maka berpada2 lah yakni bersederhanalah.

    Jangan terlalu melebih2 sangat seperti yang diajar oleh Romeo dan Juliet, sehingga sanggup membelakangkan Tuhan, melebihkan makhluk dari Tuhan, na’uzubillah.

    Cinta anda terhadap pasangan anda, suatu hari nanti mungkin anda atau dia terlebih dahulu meninggalkan anda. Perpisahan walaupun sementara pasti akan berlaku.

    Tetapi cinta kita terhadap Tuhan tidak akan berpisah, kerana Tuhan sentiasa wujud bila2 masa dan selamanya.

    Dan yang terbaiknya adalah, cintailah pasangan anda kerana Allah.

    Semoga masing2 akan sama2 menyintai Allah , sama2 bermatlamat yang satu, iman yang satu, dan dapat bersatu selamanya di bawah

    rahmat dan berkat dari Allah, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment