javascript:void(0)

Wednesday 23 November 2011

Ada ketikanya, hati kita terluka kerana disakiti oleh orang lain atau suasana.

Ada ketikanya, hati kita terluka kerana disakiti oleh orang lain atau suasana.

Latih Minda utk Melupakan

Buang Sikap Risau
memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental.
belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.

Belajar Rajin Bersyukur

Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.

Belajar Menjadi Pemaaf

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif.
Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.

Ketawa,

yang benar-benar menggembirakan anda serta menjadikan anda girang.
Buat apa layan kecewa sedangkan anda boleh ketawa?
Come on...
lihat dunia luar .....yg luas ni... kenali dgn ramai orang....beri peluang kpd diri sendiri dan orang lain utk mendekati anda..... mula bersahabat dgn ramai orang tapi mesti berhati2 dlm memilih sahabat serta berfikiran positif .

cubalah.. Ubah Fikiran

kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia.

Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana

anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang.

Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda.

Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan anda boleh tarik semua yang baik-baik? Kan..syg.

Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya.
Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat.

Hati Mesti 'Keras'

Bukan keras sembarangan,

maksudnya kekerasan hati...iaitu kesabaran yang tinggi,
pandai mengawal emosi dan
menerima hakikat dengan hati terbuka.

Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan,

tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.

Cuba ingat balik kejahatan kecil yang anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau anda tak sedar.

Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.

Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, lebih baik dari semalam. ya, syg.

Zauji Fi Jannah

No comments:

Post a Comment